16 October 2019

Jom Semak Kelayakan Program Subsidi Petrol 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seperti yang sedia maklum, kerajaan Malaysia telah mengumumkan belanjawan tahun 2020.

Saya taknak komen tentang benjawan dan politik di sini. Harini saya hanya nak berkongsi dengan anda tentang Subsidi Petrol 2020.


Mulai harini kita semua dah boleh semak kelayakan sama ada layak atau tidak.

Untuk makluman, kepada anda yang tak ada nama diatas geran kenderaan tak perlulah korang meroyan. Hahahaha! Memang tak dapat!

Apa itu subsidi petrol?

Program Subsidi Petrol (PSP) adalah inisiatif Kerajaan untuk meringankan beban isirumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol. Ia adalah satu bentuk bantuan kewangan untuk membantu rakyat membiayai sebahagian kos penggunaan petrolnya.

Prinsip bantuan yang hendak disampaikan oleh Kerajaan ialah melalui pengagihan semula subsidi yang saksama (equitable redistribution) dan dasar berpandukan data (data driven policy). Subsidi petrol sedia ada secara pukal yang dinikmati oleh semua orang tanpa mengira kerakyatan dan pendapatan akan diubah kepada golongan sasar yang layak, iaitu warganegara Malaysia yang sangat memerlukan bantuan tersebut.
Apa syarat kelayakan untuk terima Program Subsidi Petrol 2020?

1. Merupakan penerima BSH beralamat di Semenanjung Malaysia sahaja;

2. Memiliki kenderaan persendirian yang berdaftar dan mempunyai Lesen Kenderaan Motor yang masih sah;

3. Had pemilikan kenderaan individu adalah 2 buah kereta dan 2 buah motosikal;

4. Kriteria kenderaan yang layak berdasarkan kapasiti enjin:


5. Kadar kelayakan subsidi mengikut pemilikan kenderaan:


Dekat mana nak semak kelayakan?

Tekan je link ni >> https://psp.kpdnhep.gov.my/ << kemudian masukkan nombor kad pengenalan anda!

Jeng! Jeng! Jeng!


Alhamdulilah saya dapat. Walaupun tak banyak. Kita patut bersyukur. Sekurang-kurangnya saya ada RM12 untuk isi petrol setiap bulan. Hee

Post a Comment

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search