07 February 2014

Kau seorang yang kedekut



Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Menurut kamus dewan edisi keempat, kedekut bermaksud sangat berkira-kira hendak membe­lanjakan wang, bakhil, kikir, lokek, pelit.

Itu maksud kedekut menurut kamus dewan. Menurut kefahaman aku pula kedekut ni bukan sahaja fokus pada harta benda malah ia boleh dikaitkan dengan pelbagai pekara dan situasi. Kedekut ni adalah sifat manusia yang tak mahu berkongsi apa yang dia ada/dapat. Dalam Islam memang mengakui bahawa sifat kedekut ini ada dalam diri manusia termasuklah diri aku. Islam juga melarang kita untuk kedekut. So, jangan la kita amalkan amalan keji ni. Entry kali ni bukan la aku nak cerita pasal sifat kedekut harta. Cuma aku ingin fokus tentang kedekut ilmu.

"Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat."
(Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)
sumber



Sebagai seorang blogger, aku bukan berniat untuk menunding jari kepada sesiapa tetapi kalau ada yang terasa pedas, pandai-pandai la cari air. hehhe.. Artikal ni aku ingin fokus pada tajuk 'kedekut ilmu dalam dunia blogging'. Aku ni bukan la seperti blogger-blogger lain yang famous dan rajin membuat entry dan aku ni bukan la hebat/pandai sangat nak menulis artikal untuk dikongsi walaupon banyak idea terlintas dalam benak fikiran aku tapi hasilnya berapa jer yang ada dalam blog aku ni.

Berbalik kepada tajuk, apa kaitan blogger dengan kedekut ilmu? itu persoalannya kan? kalau nak ikutkan memang blogger ni dah berkongsi ilmu dengan post pelbagai cerita dan pengalaman dalam blog masing-masing. Sebenarnya kita (sebilangan) tak perasan kita ada buat salah dalam dunia blogging ni dengan menyelitkan sifat kedekut kita pada blog. 



Bagaimana nak tahu seorang bloger itu kedekut? Pekara macam ni kadang-kadang kita tak perasan dan jarang ambil tahu. Satu contoh yang paling mudah dan selalu kita jumpa, blog yang guna code disable right click. Pekara ni dapat menunjukkan tuan empunya blog tu seorang yang kedekut. Apa tu disable right click? ok, sedikit penerangan tentang disable right click. Ini adalah satu fungsi untuk menyekat fungsi right click pada mouse di dalam website. Korang pernah jumpa? aku jamin korang pasti pernah jumpa. Malah lebih dari tu pon ada, disable text highlighting, disable shortcut pada keyboard kononnya tak nak bagi orang lain copy sebarang perkataan/ayat dalam blog tersebut. Ok, pandang dari sudut positif. Mungkin tuan empunya blog sengaja letakkan code tersebut supaya blognya nampak menarik. (tapi dari segi apa?)



Bagi pendapat aku, kita sebagai blogger tak perlu la buat pekara macam tu. Sebab tujuan utama kita adalah untuk berkongsi ilmu/pendapat/pengalaman kepada semua pembaca. Biar la mereka copy apa yang mereka inginkan, sebab dengan cara tu apa yang kita kongsi akan tersebar. Mungkin juga mereka copy untuk dijadikan rujukan atau untuk membuat research lagi di google atau lain-lain. Tapi, kadang-kadang ia menyakitkan hati juga kalau ada yang copy 100% dan repost semula dalam blog mereka tanpa credit kepada tuan empunya kononnya nak dapat pujian (plagiarism). 

Kesimpulannya, tanya balik diri kita apa motif sebenar kita buat blog. Adakah untuk berkongsi atau untuk riak? Cara kita, kita yang tentukan. Jadi buat la pilihan yang terbaik dalam dunia blogging. Aku bukan la insan yang bagus dalam menyampaikan tetapi ini adalah tanggungjawab aku.

Nota ringkas : petikan kata motivasi inggeris "To steal ideas from one person is plagiarism. To steal from many people is research." . kalau korang nak ambil apa-apa dalam blog ni, ambil la, aq tak kesah.

25 December 2013

Coretan Merapu 2013


Assalammualaikum. Salam sejahtera diucapkan untuk semua. 

Erm.. Baru je nak mula dah tak tahu nak taip apa. Entah nak mula dari mana. Entry aku kali ni sekadar untuk tidak biarkan blog aku ni tak ada sebarang 'update' untuk tahun 2013 ni. Aku pon baru jer teringat yang aku ni ada blog. Dah setahun lebih ditinggalkan tanpa sebarang gangguan.


Lagi satu, untuk pengetahuan korang blog aku dulunya diberi nama "safiuddin2u.blogspot.com" telahpun aku tukar seperti hasil sekarang ni. Cuma banner untuk header belum buat lagi. Aku pelan nak tukar sekali dengan template blog ni sebab nampak macam suram je. Kadang-kadang seram jugak aku tengok, maklum la dah lama ditinggalkan. hahha

Macam mana aku boleh terniat untuk update blog ni? Itu persoalannya kan? hahha .. Kalau korang tak nak tahu pun aku tetap nak cerita macam mana boleh terlintas dalam hati ni nak update blog yang telah lama sepi ni.

Kisahnya bermula begini (poyo jer ayat). Nak cerita panjang-panjang pon aku tak pandai nak olah. Dipendekkan cerita, aku update blog ni sebab aku tengok member aku ada update blog dan dengan tiba-tiba wujud perasaan rindu nak blogging. Siapakah beliau? Dia seorang peminat K-pop. Oh tidak! aku memang tak minat K-pop. Tapi blog dia bukan la cerita pasal K-pop semata-mata. Setakat yang aku perhatikan tak ada lagi entry pasal K-pop dan dia banyak update cerita pasal dirinya dan kawan-kawan. Ni blog dia 'ajeossisblog.blogspot.com' . Ok la, sampai disini je ceritanya.

tuan empunya blog 'ajeossisblog.blogspot.com'

Nota kaki :
Aku harap aku boleh update lagi blog ni. Bukan la setakat menjadi seperti biskut yang "kejap ada, kejap tak ada" . 

03 May 2012

Samsung Galaxy S-III



LONDON: Samsung Electronics Co Ltd (Samsung) memperkenalkan Galaxy S III, siri telefon pintar generasi ketiga bagi Galaxy S yang memahami pergerakan pengguna sekali gus menawarkan kebolehgunaan secara maksimum.

Presiden merangkap Ketua Bahagian IT dan Komunikasinya, JK Shin berkata, Galaxy S III mempunyai pelbagai ciri menakjubkan antaranya, mengenali suara dan memahami niat serta membolehkan pengguna berkongsi saat menarik secara cepat dan mudah. 

"Sekiranya anda sedang menaip SMS kepada seseorang tetapi kemudiannya menukar hasrat dan ingin menelefon individu itu, anda hanya perlu melekapkan telefon ke telinga dan ia akan terus mendail nombor telefon orang berkenaan," katanya.

Berbanding telefon pintar lain, Samsung Galaxy S III menyediakan pengalaman canggih antara peranti dan pengguna. Ia mampu menyesuaikan diri dengan mana-mana individu serta cukup pintar untuk mengesan wajah, suara atau pergerakan pengguna.


Beliau berkata, dengan ciri 'Smart stay' yang inovatif, Galaxy S III mengenali corak penggunaan telefon pengguna.

"Contohnya ketika pengguna membaca buku elektronik atau melayari Internet, telefon ini akan mengekalkan paparan skrin cerah melalui pengenalan mata pengguna menerusi kamera depannya.

"Aplikasi 'S Voice' pula mampu mendengar dan bertindak balas terhadap perkataan yang dilafazkan pengguna. S Voice menampilkan fungsi kawalan dan arahan peranti yang sangat maju.

“Anda boleh menggunakan S Voice untuk memutarkan lagu kegemaran, menaik atau menurunkan tahap bunyi, menghantar SMS dan e-mel, menyusun jadual atau mengguna dan mengambil gambar secara automatik," katanya.

Beliau berkata, peranti serba canggih yang diinspirasikan alam semulajadi bukan sekadar telefon pintar yang memahami kehendak pengguna, malah mampu menjadikan kehidupan seharian lebih mudah.

“Paling membanggakan, Galaxy S III membuka lembaran baru membabitkan telefon pintar yang membolehkan pengguna menikmati hidup secara luar biasa," katanya pada 'Samsung Mobile Unpacked' 2012 di London, awal pagi hari ini.

Samsung Galaxy S III juga menampilkan paparan skrin Super Amoled HD 4.8 inci, kamera lapan megapiksel (MP) serta kamera depan 1.9 MP selain sistem operasi Android 4.0 (Ice Cream Sandwich).

Galaxy S III didatangkan dalam varian putih dan biru gelap dan akan dipasarkan di 145 negara.

Produk berkenaan dijangka akan menemui pelanggan di Malaysia sekitar Jun ini.

PRODUK: Samsung Galaxy S III
RANGKAIAN: GSM, HSPA+, 4G
SKRIN: 4.8” inch HD Super AMOLED (1280x720)
OS: Android 4.0 (Ice Cream Sandwich)
SETORAN: 16/ 32GB, microSD
KAMERA: 8 Mega pixel (utama) , 1.9 Mega pixel (depan)
DIMENSI: 136.6 x 70.6 x 8.6 mm
BERAT: 133g

SUMBER : myMetro

p/s: Berapa harga Samsung S3 ni??

02 May 2012

Filem Afdlin Shauki best!!




Sapa yang dah tengok cerita ni kat panggung?? apa korang rasa bila tengok citer ni?? 'best' tak?

Aku baru je lepas tengok cerita ni semalam. Kawan aku belanja. Orang belanja aku tengok je la. Jarang aku pergi panggung wayang tengok cerita tempatan. Semalam aku bertuah sebab kawan aku belanja.



Korang tahu tak apa yang aku rasa bila tengok cerita ni? confirm la korang tak tahu kan.. hahhaha.. Ni aku nak bagi tahu korang apa yang aku rasa bila tengok filem ni.. "Aku rasa Menyesal". Walaupun pada mulanya aku seronok sebab kawan aku yang belanja tapi bila aku tengok cerita tu dari awal sampai habis semuanya lawak bodoh yang buat aku tak mampu nak ketawa.

Ni antara punca aku tak nak tengok filem tempatan di pawagam ~rasa menyesal~

25 April 2012

Kemana Aku Menghilang?



Assalamualaikum dan salam 1Malaysia kepada semua blogger yang sudi datang ke blog yang tak seberapa ni.


Mungkin Pasti ramai yang masih belum kenal siapa aku. Maklum la update blog jarang sekali. Macam mana orang nak kenal diri aku ni kan? Kepada sesiapa yang masih kenal aku ni bagus la sebab aku pun dah tukar template blog ni. (kalau ade yang masih kenal)

Sekarang terus kepada tajuk asal. Kemana aku menghilang sehinggakan blog aku terabai?

Sebenarnya aku tak hilang pun. Cuma malas nak update, maklum la tak ada masa nak menaip artikal untuk blog sendiri (xde idea sebenarnya). Tahun lepas aku sibuk sebab nak SPM, pasal tu la aku tak update blog ni sehinggakan blog ni berhabuk.


Tahun ni pulak aku ada banyak masa tapi dengan sikap malas yang ada pada diri aku ni tak jugak aku update blog sebabnya aku nak rehat sepuas-puasnya. Orang baru lepas SPM nak 'enjoy' la kan?

Cukup sampai disini aku merapu. Taip panjang-panjang pun bukannya korang nak baca sangat artikal ni. Silap-silap aku kena maki sebab artikal merapu. Lepas ni aku akan cuba update blog ni selalu (kalau ada idea). hahahha
Older Posts Home

About Me

My Photo
Kawan-kawan aku kata, aku seorang yang pendiam. Betul ke? Itu aku tak pasti. walaubagaimanapun aku akan cuba untuk jadi blogger yang cemerlang, gemilang dan terbilang suatu hari nanti.. hahhaha.. :P

Followers

 
 
© 2012 - 2014 ItsMeSafiuddin