24 May 2018

Rindu Cursor Bersalji


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah lebih kurang enam tahun saya tinggalkan dunia blogging, dan sekarang cuba kembali ke dalam dunia ini semula. Serius cakap memang saya kekok untuk mulakan menaip di blog. Siapalah saya untuk berbicara di khalayak ramai. hahaha.. Sememangnya dari dulu lagi saya tak pandai menulis di blog. XD

Harini tetiba terdetik hati untuk buat 'blog walking'. Perasaan saya tetiba rasa macam, "ehhh dah tua ke aku?". Melihat dan membaca blog saya yang lama tetiba tersenyum sendiri. Betulkah itu saya dulu? Rasa macam kelakar dan perasaan rindu pada zaman blogger.com (platform blogging paling popular satu ketika dulu) tu mula muncul. Rindunya bila blogwalking tadi terjumpa blog yang ada cursor bersalji.

Dulu dan sekarang dah banyak perubahan. Sekarang dah tak ramai yang aktif ber'blogging', yang ada pon dah semakin berkurang, semua dah beralih arah ke social media seperti Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain. Dulu semua orang berlumba-lumba untuk mempunyai blog sendiri untuk menyampaikan cerita, pengalaman, pendapat dan macam-macam lagi.

Mempunyai blog paling meriah adalah satu kepuasan untuk para blogger. Tapi persoalannya sekarang ni, masih 'releven'kah personal blog untuk masyarakat? Pendapat masing-masing, untuk jawapan saya 'YA' masih releven kerana ejen carian masih memerlukan maklumat dari para blogger untuk disampaikan pada pencari.

Sekian coretan salam rindu dunia blog dari saya.

Post a Comment

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search