01 May 2018

Entry Pertama – Perkenalan


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, akhirnya impian dan hasrat saya tercapai untuk ada satu website atau blog yang menggunakan domain sendiri. Setelah sekian lama saya menyepi dalam dunia blogging ni, kini kembali terjebak untuk mengarang semula.

Disinilah titik permulaan saya untuk kali ketiga dalam dunia blogging. Walaupun saya tahu tak ramai orang akan baca entry pertama ni. Tapi takpe saya tetap nak teruskan menaip apa yang terlintas dalam fikiran saya.

Entah kenapa sekarang tetiba datang semula semangat untuk saya menulis blog walaupun saya tahu bakat saya dalam penulisan blog tak la begitu baik. Kadang ada idea kadang-kadang kekeringan idea. Itu la antara punca dua blog saya sebelum ni gagal seperti yang dirancang.


Saya harap kali ni saya dapat teruskan semangat menulis walau apapun rintangan yang melanda demi merialisasikan impian 2020 yang saya cipta sebelum ni. cewah ayat. hehe

Untuk blog ni sebenarnya saya belum ada tujuan asas untuk menulis. Kemungkinan saya akan berkongsi apa sahaja jenis pengalaman, pendapat, aktiviti, ulasan atau apa-apa je yang berkaitan yang saya rasa boleh dikongsi.

Oleh itu, saya harap anda dapat menerima saya dengan hati yang terbuka dalam dunia blogging ni. Kalau anda rasa blog saya ni tak susuai dengan jiwa anda, saya minta maaf. Please get out of my blog. Hehe gurau je. Jangan serius sangat. Ok cukup sampai sini salam perkenalan sy. Terima kasih kerana sudi baca.

Post a Comment

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search