07 February 2014

Kau seorang yang kedekut



Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Menurut kamus dewan edisi keempat, kedekut bermaksud sangat berkira-kira hendak membe­lanjakan wang, bakhil, kikir, lokek, pelit.

Itu maksud kedekut menurut kamus dewan. Menurut kefahaman aku pula kedekut ni bukan sahaja fokus pada harta benda malah ia boleh dikaitkan dengan pelbagai pekara dan situasi. Kedekut ni adalah sifat manusia yang tak mahu berkongsi apa yang dia ada/dapat. Dalam Islam memang mengakui bahawa sifat kedekut ini ada dalam diri manusia termasuklah diri aku. Islam juga melarang kita untuk kedekut. So, jangan la kita amalkan amalan keji ni. Entry kali ni bukan la aku nak cerita pasal sifat kedekut harta. Cuma aku ingin fokus tentang kedekut ilmu.

"Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat."
(Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)
sumber



Sebagai seorang blogger, aku bukan berniat untuk menunding jari kepada sesiapa tetapi kalau ada yang terasa pedas, pandai-pandai la cari air. hehhe.. Artikal ni aku ingin fokus pada tajuk 'kedekut ilmu dalam dunia blogging'. Aku ni bukan la seperti blogger-blogger lain yang famous dan rajin membuat entry dan aku ni bukan la hebat/pandai sangat nak menulis artikal untuk dikongsi walaupon banyak idea terlintas dalam benak fikiran aku tapi hasilnya berapa jer yang ada dalam blog aku ni.

Berbalik kepada tajuk, apa kaitan blogger dengan kedekut ilmu? itu persoalannya kan? kalau nak ikutkan memang blogger ni dah berkongsi ilmu dengan post pelbagai cerita dan pengalaman dalam blog masing-masing. Sebenarnya kita (sebilangan) tak perasan kita ada buat salah dalam dunia blogging ni dengan menyelitkan sifat kedekut kita pada blog. 



Bagaimana nak tahu seorang bloger itu kedekut? Pekara macam ni kadang-kadang kita tak perasan dan jarang ambil tahu. Satu contoh yang paling mudah dan selalu kita jumpa, blog yang guna code disable right click. Pekara ni dapat menunjukkan tuan empunya blog tu seorang yang kedekut. Apa tu disable right click? ok, sedikit penerangan tentang disable right click. Ini adalah satu fungsi untuk menyekat fungsi right click pada mouse di dalam website. Korang pernah jumpa? aku jamin korang pasti pernah jumpa. Malah lebih dari tu pon ada, disable text highlighting, disable shortcut pada keyboard kononnya tak nak bagi orang lain copy sebarang perkataan/ayat dalam blog tersebut. Ok, pandang dari sudut positif. Mungkin tuan empunya blog sengaja letakkan code tersebut supaya blognya nampak menarik. (tapi dari segi apa?)



Bagi pendapat aku, kita sebagai blogger tak perlu la buat pekara macam tu. Sebab tujuan utama kita adalah untuk berkongsi ilmu/pendapat/pengalaman kepada semua pembaca. Biar la mereka copy apa yang mereka inginkan, sebab dengan cara tu apa yang kita kongsi akan tersebar. Mungkin juga mereka copy untuk dijadikan rujukan atau untuk membuat research lagi di google atau lain-lain. Tapi, kadang-kadang ia menyakitkan hati juga kalau ada yang copy 100% dan repost semula dalam blog mereka tanpa credit kepada tuan empunya kononnya nak dapat pujian (plagiarism). 

Kesimpulannya, tanya balik diri kita apa motif sebenar kita buat blog. Adakah untuk berkongsi atau untuk riak? Cara kita, kita yang tentukan. Jadi buat la pilihan yang terbaik dalam dunia blogging. Aku bukan la insan yang bagus dalam menyampaikan tetapi ini adalah tanggungjawab aku.

Nota ringkas : petikan kata motivasi inggeris "To steal ideas from one person is plagiarism. To steal from many people is research." . kalau korang nak ambil apa-apa dalam blog ni, ambil la, aq tak kesah.

11 comments:

  1. tersenyum baca apa yg awk tulis nie.. :)

    ReplyDelete
  2. dunia blogging memang kena byk kongsi2 :) kongsi pkare yg bfaedah.. :)

    ReplyDelete
  3. haha, emo ke bro dgn blogger yg pasang kod disable right click tu? rilek2 sudah~

    aku pn pkai kod tu juga. Kiranya aku seorg blogger yg 'kedekut' la???

    bergantung kepada genre blog, kalau nk pasang kod tu. klau blog jenis tutorial, mmg nk kne makan kaki la kalau disable right click.

    di blog aku, klau nk cilok gambar, sila Ctrl-klik (open new tab) dan save la gambar tu kalau nak. aku tak hadkan. sila guna skil PC...

    aku hadkan ayat2 drp dicopy sbb nk elakkan duplicate content. nnt kualiti n3 jatuh dri sudut mata gugel. entah kat mana aku baca, lupa sudah. dan nk elak drp org lain kurang kreatif. mudah sungguh kerja main copy2 ayat2 penulisan~

    apapun masing2 ada pendapat berbeza. jangan nilai POV dri sebelah pihak je... itu bias namanya...

    #aku pun dh lupa sbb apa aku pasang kod tu. ala, byk cara boleh bypass kod tu. pakcik gugel kan ada kalau sangap sgt nk copy paste...

    ReplyDelete
  4. luahan hati ni.... apa-apa pun selamat berblog dengan ceria... jangan stres2 ya..

    ReplyDelete
  5. hee, Keep on fighting! eceh~
    Keep on blogging ! GoodLuck :D

    ReplyDelete
  6. Memang ada yg guna kod tu.saya pernah jumpe,blog tuto.dia share byk tuto blog.bila saya nk guna dan copy kod tu,x boleh.eiii..x kan kedekut lak kn.lau kedekut buat pe share tuto tu.kalau nk guna gak kena salin kt kertas la jawabnya.tp ada yg nk ke?cabut lari ada lah,bole cari dkt lain kn.hehee

    ReplyDelete
  7. entry saya tak de sebab orang nak copy pun,haha...

    ReplyDelete
  8. ahahahah...mungkin dorang rasa perlu kot untuk melindungi kadungan blog dorang... wan think positif je :)

    ReplyDelete
  9. Singgah MENYANYI dan mencari sesuatu iklan yg mendatangkan $$$ :) yeahhhhhhh

    ReplyDelete

Older Post Home

About Me

My Photo
Kawan-kawan aku kata, aku seorang yang pendiam. Betul ke? Itu aku tak pasti. walaubagaimanapun aku akan cuba untuk jadi blogger yang cemerlang, gemilang dan terbilang suatu hari nanti.. hahhaha.. :P

Followers

 
 
© 2012 - 2014 ItsMeSafiuddin