03 May 2012

Samsung Galaxy S-III



LONDON: Samsung Electronics Co Ltd (Samsung) memperkenalkan Galaxy S III, siri telefon pintar generasi ketiga bagi Galaxy S yang memahami pergerakan pengguna sekali gus menawarkan kebolehgunaan secara maksimum.

Presiden merangkap Ketua Bahagian IT dan Komunikasinya, JK Shin berkata, Galaxy S III mempunyai pelbagai ciri menakjubkan antaranya, mengenali suara dan memahami niat serta membolehkan pengguna berkongsi saat menarik secara cepat dan mudah. 

"Sekiranya anda sedang menaip SMS kepada seseorang tetapi kemudiannya menukar hasrat dan ingin menelefon individu itu, anda hanya perlu melekapkan telefon ke telinga dan ia akan terus mendail nombor telefon orang berkenaan," katanya.

Berbanding telefon pintar lain, Samsung Galaxy S III menyediakan pengalaman canggih antara peranti dan pengguna. Ia mampu menyesuaikan diri dengan mana-mana individu serta cukup pintar untuk mengesan wajah, suara atau pergerakan pengguna.


Beliau berkata, dengan ciri 'Smart stay' yang inovatif, Galaxy S III mengenali corak penggunaan telefon pengguna.

"Contohnya ketika pengguna membaca buku elektronik atau melayari Internet, telefon ini akan mengekalkan paparan skrin cerah melalui pengenalan mata pengguna menerusi kamera depannya.

"Aplikasi 'S Voice' pula mampu mendengar dan bertindak balas terhadap perkataan yang dilafazkan pengguna. S Voice menampilkan fungsi kawalan dan arahan peranti yang sangat maju.

“Anda boleh menggunakan S Voice untuk memutarkan lagu kegemaran, menaik atau menurunkan tahap bunyi, menghantar SMS dan e-mel, menyusun jadual atau mengguna dan mengambil gambar secara automatik," katanya.

Beliau berkata, peranti serba canggih yang diinspirasikan alam semulajadi bukan sekadar telefon pintar yang memahami kehendak pengguna, malah mampu menjadikan kehidupan seharian lebih mudah.

“Paling membanggakan, Galaxy S III membuka lembaran baru membabitkan telefon pintar yang membolehkan pengguna menikmati hidup secara luar biasa," katanya pada 'Samsung Mobile Unpacked' 2012 di London, awal pagi hari ini.

Samsung Galaxy S III juga menampilkan paparan skrin Super Amoled HD 4.8 inci, kamera lapan megapiksel (MP) serta kamera depan 1.9 MP selain sistem operasi Android 4.0 (Ice Cream Sandwich).

Galaxy S III didatangkan dalam varian putih dan biru gelap dan akan dipasarkan di 145 negara.

Produk berkenaan dijangka akan menemui pelanggan di Malaysia sekitar Jun ini.

PRODUK: Samsung Galaxy S III
RANGKAIAN: GSM, HSPA+, 4G
SKRIN: 4.8” inch HD Super AMOLED (1280x720)
OS: Android 4.0 (Ice Cream Sandwich)
SETORAN: 16/ 32GB, microSD
KAMERA: 8 Mega pixel (utama) , 1.9 Mega pixel (depan)
DIMENSI: 136.6 x 70.6 x 8.6 mm
BERAT: 133g

SUMBER : myMetro

p/s: Berapa harga Samsung S3 ni??

02 May 2012

Filem Afdlin Shauki best!!




Sapa yang dah tengok cerita ni kat panggung?? apa korang rasa bila tengok citer ni?? 'best' tak?

Aku baru je lepas tengok cerita ni semalam. Kawan aku belanja. Orang belanja aku tengok je la. Jarang aku pergi panggung wayang tengok cerita tempatan. Semalam aku bertuah sebab kawan aku belanja.



Korang tahu tak apa yang aku rasa bila tengok cerita ni? confirm la korang tak tahu kan.. hahhaha.. Ni aku nak bagi tahu korang apa yang aku rasa bila tengok filem ni.. "Aku rasa Menyesal". Walaupun pada mulanya aku seronok sebab kawan aku yang belanja tapi bila aku tengok cerita tu dari awal sampai habis semuanya lawak bodoh yang buat aku tak mampu nak ketawa.

Ni antara punca aku tak nak tengok filem tempatan di pawagam ~rasa menyesal~

25 April 2012

Kemana Aku Menghilang?



Assalamualaikum dan salam 1Malaysia kepada semua blogger yang sudi datang ke blog yang tak seberapa ni.


Mungkin Pasti ramai yang masih belum kenal siapa aku. Maklum la update blog jarang sekali. Macam mana orang nak kenal diri aku ni kan? Kepada sesiapa yang masih kenal aku ni bagus la sebab aku pun dah tukar template blog ni. (kalau ade yang masih kenal)

Sekarang terus kepada tajuk asal. Kemana aku menghilang sehinggakan blog aku terabai?

Sebenarnya aku tak hilang pun. Cuma malas nak update, maklum la tak ada masa nak menaip artikal untuk blog sendiri (xde idea sebenarnya). Tahun lepas aku sibuk sebab nak SPM, pasal tu la aku tak update blog ni sehinggakan blog ni berhabuk.


Tahun ni pulak aku ada banyak masa tapi dengan sikap malas yang ada pada diri aku ni tak jugak aku update blog sebabnya aku nak rehat sepuas-puasnya. Orang baru lepas SPM nak 'enjoy' la kan?

Cukup sampai disini aku merapu. Taip panjang-panjang pun bukannya korang nak baca sangat artikal ni. Silap-silap aku kena maki sebab artikal merapu. Lepas ni aku akan cuba update blog ni selalu (kalau ada idea). hahahha

31 March 2012

Aku kembali Lagi



Yayyyyyyy!!!! TORA datang lagi dengan permainan merapu!

oppppss... sory.. :P

Assalammualaikum. Apa cer korang? Masih kenal aku?
Dah lama aku tak update blog ni. Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku lama tak update blog ni kan?

Apa-apa pon aku akan cuba untuk terus update blog ni walaupon dengan idea merapu yang akan buat korang rasa annoying dengan aku. Hahahha.. Ada aku kesah? :P

Aku akhiri artikal hari ini dengan ucapan Selamat mengenali diri ku.^_^

...
Newer Posts Older Posts Home

About Me

My Photo
Kawan-kawan aku kata, aku seorang yang pendiam. Betul ke? Itu aku tak pasti. walaubagaimanapun aku akan cuba untuk jadi blogger yang cemerlang, gemilang dan terbilang suatu hari nanti.. hahhaha.. :P

Followers

 
 
© 2012 - 2014 ItsMeSafiuddin