14 June 2011

Bas vs Kapal Terbang?

Assalamualaikum..
Seronok korang bercuti? pada sesiapa yang bekerja memang tak la. :D
Dah lama aku tak update blog ni. Berhabuk, sarang labah-labah pon dah banyak. Macam biasa la kalau lepas cuti mesti ramai yang cerita tentang pengalaman waktu cuti. Tapi pengalaman cuti aku tak seronok sebab aku hanya bercuti dengan kawan-kawan je. Hari jumaat 10/6/2011 baru aku pergi jauh sikit. KL je..:P nak cakap pasal KL memang bosan la kan? selalu sangat ke sana.

Aku malas nak cerita pasal cuti. Cuma aku nak kongsi pengalaman naik bas (12/6/2011). Balik Kuantan dari Puchong, Selangor.

 Ayat dlm hati : ~bas je pon, tu pon nak kecoh ke?~.

Cerita pasal pengalaman naik bas, korang pon pernah naik kan? Tapi kali ni aku nak kongsi pengalaman naik bas NICE.



Dari luar aku tengok bas ni macam biasa je. Tak ada apa-apa yang menarik pon selain dari namanya 'NICE'. Tambang lebih mahal dari bas-bas lain.





Tapi!
Bas ni ada 'pramugari' cun. Macam naik kapal terbang pulak rasanya. Semua disediakan. Memang selesa wa cakap lu.

Kalau ada sesiapa yang tak pernah naik kapal terbang boleh la rasa pengalaman ni dengan naik bas NICE. Harga tambang memang berpatutan dengan layanan dan keselesaan.

nie antara gambar yang aku plagiat dari Pakcik Google.


pandangan dalam NICE

selimut dan bantal disediakan

makan dan minuman

Ada bas antara bas NICE ni yang TV ada pada setiap satu kerusi. Tapi yang aku naik tak ada, cuma TV LCD didepan je.

Makanan yang aku dapat bukan macam dalam gambar. Aku dapat Kebab dan Epal. Minuman yang disediakan untuk aku Air Mineral dan Air Kotak (white grape).

Cukup la stakat ni aku merapu. Kalau korang xpuas hati boleh la cuba naik sendiri.

1 comment:

  1. mahal tu bpe hinggit ke ratus? klu ratus baik naik flight...hehe..

    www.hatimamaz.blogspot.com

    ReplyDelete

Newer Post Older Post Home

About Me

My Photo
Kawan-kawan aku kata, aku seorang yang pendiam. Betul ke? Itu aku tak pasti. walaubagaimanapun aku akan cuba untuk jadi blogger yang cemerlang, gemilang dan terbilang suatu hari nanti.. hahhaha.. :P

Followers

 
 
© 2012 - 2014 ItsMeSafiuddin