17 June 2011

Osama Kecewa Dengan Tindakan SKMM




sumber gambar : kawan di Facebook

Solat Jumaat atau Maharaja Lawak?

Tabiat sekarang! Hiburan lebih penting dari agama?
apa kejadahnya semua ni?
jom sama-sama kita tengok..






Mesti ada yang tertanya-tanya ni gambar apa dan kenapa jadi macam ni.

Ni adalah gambar penyokong² 'sepah' (mungkin) yang tengah berebut ambil tiket Maharaja Lawak di Stadium Tertutup MBJB tadi (jumaat, 17/6/2011, 3pm waktu Malaysia). Sebab terlalu ramai pengunjung hanya 1 tiket je diberi setiap sorang.

Ada yang kata sebelum solat jumaat dah ramai yang tunggu nak ambil tiket masuk. Sanggup tinggal solat jumaat sebab nak tengok Maharaja Lawak secara live? Kalau la ceramah agama diorang datang ramai-ramai camni kan bagus.

renung²kan! 


15 June 2011

Lebih 10 Laman Web Di"block"

Sejak kebelakangan ini banyak laman yang aku tak dapat akses. Sekarang baru aku tahu kenapa laman-laman yang 'popular' tu tak dapat diakses.

Memang sedih la sebab aku dah tak dapat akses laman-laman tu. Laman yang selalu aku guna. Semua laman yang di'block' adalah laman yang 'popular'.



Korang tahu siapa yang bertanggungjawab dalam kes ni? Semua ni berpunca oleh SKMM. SKMM adalah ringkasan dari "Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia".


Menurut SKMM ia adalah tindakan pematuhan undang-undang Malaysia.

“Sehubungan dengan itu, SKMM telah menerima permintaan dari Bahagian Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan untuk menghalang capaian kepada beberapa laman sesawang yang didapati melanggar Akta Hakcipta 1987,” petik kenyataan akhbar yang diedarkan menerusi Bernama.


Kenapa tak "block" YOUTUBE???

jom layan video dari blog "Selamatkan Kucing Malaysia"




Bukan setakat kucing je yang marah. Aku pon marah!

Mungkin ni adalah antara punca kumpulan "anonymous" nak hack laman portal Malaysia.


p/s: sumber dari [sini] 

14 June 2011

Bas vs Kapal Terbang?

Assalamualaikum..
Seronok korang bercuti? pada sesiapa yang bekerja memang tak la. :D
Dah lama aku tak update blog ni. Berhabuk, sarang labah-labah pon dah banyak. Macam biasa la kalau lepas cuti mesti ramai yang cerita tentang pengalaman waktu cuti. Tapi pengalaman cuti aku tak seronok sebab aku hanya bercuti dengan kawan-kawan je. Hari jumaat 10/6/2011 baru aku pergi jauh sikit. KL je..:P nak cakap pasal KL memang bosan la kan? selalu sangat ke sana.

Aku malas nak cerita pasal cuti. Cuma aku nak kongsi pengalaman naik bas (12/6/2011). Balik Kuantan dari Puchong, Selangor.

 Ayat dlm hati : ~bas je pon, tu pon nak kecoh ke?~.

Cerita pasal pengalaman naik bas, korang pon pernah naik kan? Tapi kali ni aku nak kongsi pengalaman naik bas NICE.



Dari luar aku tengok bas ni macam biasa je. Tak ada apa-apa yang menarik pon selain dari namanya 'NICE'. Tambang lebih mahal dari bas-bas lain.





Tapi!
Bas ni ada 'pramugari' cun. Macam naik kapal terbang pulak rasanya. Semua disediakan. Memang selesa wa cakap lu.

Kalau ada sesiapa yang tak pernah naik kapal terbang boleh la rasa pengalaman ni dengan naik bas NICE. Harga tambang memang berpatutan dengan layanan dan keselesaan.

nie antara gambar yang aku plagiat dari Pakcik Google.


pandangan dalam NICE

selimut dan bantal disediakan

makan dan minuman

Ada bas antara bas NICE ni yang TV ada pada setiap satu kerusi. Tapi yang aku naik tak ada, cuma TV LCD didepan je.

Makanan yang aku dapat bukan macam dalam gambar. Aku dapat Kebab dan Epal. Minuman yang disediakan untuk aku Air Mineral dan Air Kotak (white grape).

Cukup la stakat ni aku merapu. Kalau korang xpuas hati boleh la cuba naik sendiri.

02 June 2011

Tulisan Biru Berleluasa Di Facebook



Tulisan biru makin berleluasa di facebook! Apa kejadah semua ni?

Korang ada facebook? confirm ada kan?
Penah tak tengok orang komen guna tulisan biru? Ke korang yang selalu guna ayat tulisan biru?

Banyak pulak soalan aku..hahahha.. Cool ke guna tulisan biru ni? bagi aku memang tak la! ayat tah apa-apa, asyik ulang ayat sama je.

Jom usha sikit ayat² biru yang member aku guna. Klik gambar kalau nak tengok dengan jelas. :)






Mengikut pemerhatian aku, ayat-ayat biru ni datang dari media massa. Contoh dari Maharaja Lawak, Filem lawak / filem baru dan ayat-ayat kurang manis yang selalu digunakan oleh remaja sekarang.

Makin lama makin bersepah tulisan biru dekat wall aku. Semak betul!

01 June 2011

Wawancara Bersama Sir Alex Ferguson

Jom layan wawancara bersama Sir Alex Ferguson. Siapa yang sokong M.U aku minta maaf la. Ni sekadar hiburan je.



Best ke tengok perlawan bola?


Sir Alex Ferguson

Nota Renyuk: Aku memang tak minat tengok perlawanan bola sepak..
Newer Posts Older Posts Home

About Me

My Photo
Kawan-kawan aku kata, aku seorang yang pendiam. Betul ke? Itu aku tak pasti. walaubagaimanapun aku akan cuba untuk jadi blogger yang cemerlang, gemilang dan terbilang suatu hari nanti.. hahhaha.. :P

Followers

 
 
© 2012 - 2014 ItsMeSafiuddin