16 May 2011

Bahasa / Istilah / Perkataan Moden


Zaman dah berubah, dunia dah maju. Macam-macam pekara dah berlaku. Hari ini aku nak berkongsi dengan korang tentang "Perkataan Moden (sengal)" yang selalu kita dengar zaman sekarang. Selalunya istilah-istilah ni selalu digunakan oleh remaja.

> Poyo
Maksudnya; seorang yang berlagak, merasakan diri bagus. Ayat ni memang selalu didengar. Ini adalah antara ayat pasar yang famous.
   Cth ayt: Huh, 'poyo' gila mamat ni. Asal naik pentas je buat muke cute.

> Selenge
Mengikut kefahaman aku, 'selenge' ni lebih kurang sama dengan 'poyo' tapi ayat 'selenge'ni lebih power. 'Selenge' lebih menunjukkan tentang keterampilan yang tak terurus atau tak sedap mata memandang atau huduh. Kadang-kadang digunakan dalam ayat-ayat tertentu mengikut keadaan.

> Sakai
Maksud yang tepat memang aku tak tahu. Ada yang bagi maksud , sakai ni menunjukkan perangai atau perbuatan seseorang

> Sengal
Menurut kamus dewan edisi ke-3, sengal bermaksud berasa sakit-sakit pada sendi (kerana perjalanan darah tertahan dll), kaku, kebas, pegal. Tapi bagi remaja sekarang menggunakan ayat ni dengan maksud yang lain. Cuba hayati ayat dibawah ni:

      "kau ni sengal la, dah tahu awek tu pisau cukur buat apa kau layan lagi."


      "kau ni sengal betul, selamba je kau buli budak tu"


Maksud ayat pertama tu menunjukan sikap 'bodoh' dan maksud ayat kedua menunjukkan sikap yang tak ada perasaan.

> Kerek
maksudnya; berlagak atau lebih familiar "Bajet Power"

> Gebang
Ayat ni agak 'selenge' bunyi dia. Maksudnya; "menipu".


> Kencing
Maksud 'official'nya membuang air kecil. Tapi istilah kencing yang digunakan sekarang membawa maksud; Tipu.
   Cth ayt: Kau jangan nak kencing aku la. Aku yakin dia tak akan buat kerja jahat macam tu.

> Bangang
Ayat yang agak kasar dan memberi maksud; Bodoh.


> Skodeng
Maksudnya; mengintai atau mengintip.

> Kantoi
Maksudnya; Terbongkar. Lebih familiar digunakan untuk pekara yang dirahsiakan.


Dan ini Istilah yang paling 'sengal' yang pernah aku dengar
> Otek
Aku tak tahu la dari mana datangnya istilah ni. Korang tahu apa tu maksud 'otek'? Dari mana datang istilah ni?. Istilah ni selalu digunakan oleh mat-mat motor yang suka me'rempit'.
     Otek = Polis
Kalau korang nak tahu tanya la orang yang berkenaan. Aku memang tak tahu tentang istilah ni.

Perkataan-perkataan ni memang selalu kita (remaja sekarang) gunakan dalam bahasa seharian kita yang kadang kala kita tidak perasan penggunaan berapa kerap kita gunakan perkataan ni dalam sehari. Masih ada banyak lagi istilah/perkataan moden yang aku tak tulis. Yang ada ni hanya sekadar ayat-ayat yang pernah aku dengar dan pernah aku gunakan. Banyak perkataan budak-budak remaja sekarang ni yang pelik-pelik bunyinya tapi sedap digunakan.

Bahasa melayu memang unik. Perkataan yang sama membawa maksud yang berlainan bergantung pada tempat dan keadaan.

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

About Me

My Photo
Kawan-kawan aku kata, aku seorang yang pendiam. Betul ke? Itu aku tak pasti. walaubagaimanapun aku akan cuba untuk jadi blogger yang cemerlang, gemilang dan terbilang suatu hari nanti.. hahhaha.. :P

Followers

 
 
© 2012 - 2014 ItsMeSafiuddin