29 May 2011

Blog Saya Biasa Biasa Je Tapi Cool!

Masa tengah blogwalking tadi ada sorang blogger ni namanya Cik Aish datang singgah sini dan ajak join contest yang dia anjurkan. Hadiah boleh dikatan lumayan jugak la, RM50. wow! sapa taknak kan? Aku ingin mencuba nasib kalau² blog aku terpilih. "Blog Saya Biasa Biasa Je Tapi Cool!" mana la tau nasib menyebelahi blog "safiuddin2u.blogspot.com" ni.. Bukan selalu perasan cool..^_^




  • Entry yang mungkin terbaik [SINI]
  • Blogger bertuah yang di'Tag' :  mrs.lovesick


Syarat-syarat telah aku ikut. Dan sekarang hanya menunggu keputusan juri. Kalau korang nak join boleh klik gambar atau SINI.

Sekian saja dari Blog Biasa Biasa Je Tapi Cool! 

Lynas Bakal Musnahkan Malaysia?

Lynas? apa benda pulak tu?

Lynas ialah sebuah syarikat memproses nadir bumi (rare earth). Syarikat yang bakal membuka kilangnya di Gebeng, terletak kira-kira 25KM dari Bandar Kuantan.


Kenapa kerajaan malaysia benarkan Lynas bertapak di Malaysia sedangkan negara asalnya (Autralia) menentang keras penubuhan Lynas?

Lynas didirikan di negeri kelahiran aku. Apa kejadahnya semua ni?

Jom dengar apa kata Mat Salleh ni.






Kenapa Malaysia perlu terima Lynas?


Aku menentang penubuhan Lynas di Gebeng Kuantan!

Nota Renyuk : Aku tak nak generasi aku menjadi mangsa!! Marilah kita bersama-sama menentang penubuhan Lynas!

Cuti Tapi "Busy"


Cuti, pasti semua orang suka. Terutamanya pelajar sekolah (aku). Disebabkan waktu cuti, jadi aku jarang update blog. Aku nak bercuti dengan tenang dan habiskan waktu cuti dengan keluarga dan kawan kawan aku.(busy sebab bercuti ^_^)

Walaupun cuti dah bermula, tapi aku belum plan apa-apa lagi untuk aktiviti waktu cuti ni. Semalam aku dah pergi jalan-jalan dekat Teluk Cempedak (TC) dengan tanpa niat. Pada mulanya aku cuma nak ke klinik nak rawatan dari doktor sebab kena sengat dengan lipan. Sakit gila kena sengat dengan lipan. oppss sory melalut. Takda niat pon nak cerita pasal lipan tu (kalau aku cerita, nanti jadi novel pulak)..hehhehe..

nasib baik lipan tu aku tak buat 'sate' ^_^
Balik pada topik asal. Perancangan waktu cuti, korang ada idea tak? kalau ada kongsi la dengan aku. Kongsi amalan mulia..:)


26 May 2011

Kenapa Dengan No.100?


Kenapa dengan no.100? apa yang special?

Sebenarnya aku saja buat entry ni nak bagi tahu follower aku dah lebih dari 100. Selalunya blogger² lain akan review sikit pasal folower yang ke 100. Kenapa? itu aku tak tahu. Korang fikir la. Kalau ada jawapan tolong tinggalkan di ruang komen.

Follower aku yang ke 100 adalah blog Titisan Hujan. Blog dia memang menarik dan banyak memberi kesedaran. Aku suka blog dia walaupun hujan lebat disana. Cukup la aku review sikit pasal follower yang ke 100.

Kenapa asyik follower yang ke 100 je dapat? Blogger lain pon follow jugak. Kenapa diorang selalu dipilih? munkin sebab no.100 senang nak cari. Tapi takpa aku jugak nak review tentang follower bertuah aku yang lain.

Follower yang bertuah adalah folower yang ke 99 iaitu Secret Miyra Mirza. Aku pilih dia sebab dia sanggup jadi follower sebelum no 100. Blog ni banyak menceritakan kisah dia. Macam diari harian dia la.

Dan satu lagi follower bertuah adalah follower ke 74 iaitu TerBelog. Dia terpilih sebab nama blog dia menarik. Aku tak tahu la samada dia Tersengaja isi nama blog dia macam tu atau tak sengaja. Mengikut cara dia menulis blog memang nampak sengaja..hahha.. Sekarang dia ada segment yang bertajuk "SEGMEN NOMBOR FOLLOWER CUN BERSAMA TERBELOG". Bagi aku no. 74 memang cun sebab terpilih untuk aku review. Kalau korang nak join boleh la klik "SINI".

Kepada follower² lain, aku mintak maaf la sebab aku tak mampu nak review semua. Kalau ada follower yang aku tak follow korang boleh la tinggalkan link kat ruang komen. InsyaAllah aku akan pergi ke blog korang dan follow.

Akhir sekali, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi follow blog aku yang tak seberapa ni. Tanpa sokongan korang munkin aku tak akan menulis 'Coretan Merapu Meraban' di blog ni lagi. Terima kasih semua..^_^

24 May 2011

Login Facebook Dapat Duit


Aku bukan nak ajak korang buat duit dengan hanya login facebook. Tapi aku cuma nak kongsi tentang diorang yang suka tag orang (facebook) dekat gambar duit yang halal (kononya). Apa kejadahnya diorang main tag gambar duit dekat facebook? nak cari mangsa yang bakal ditipu. Sory to say, aku langsung tak berminat nak join. Korang rasa menyampah tak bila diorang tag gambar duit kat korang pastu ajak 'join' diorang?


Ada orang "respect" ke pada yang suka tipu duit orang? Aku anggap diorang yang suka ambil jalan mudah ni adalah orang yang tak tahu tentang hukum agama.


siapa setuju sila angkat tangan macam saya..


kepada yang dah buat kerja ni harap korang hentikanlah.



Tergamak korang belanja kawan-kawan, bagi adik-beradik, isteri/suami, ibu bapa korang dengan hasil yang "kononnya" halal. Fikir la! ingat akhirat!

Kepada yang belum terjebak atau yang ingin mencuba, aku nasihatkan jangan la menipu orang lain untuk kepentingan diri. Di dunia dapat kemewahan tapi di 'AKHIRAT'? korang fikir la.

JOM KONGSI : Apa pendapat korang tentang masalah diorang yang suka 'tag' gambar duit dekat facebook?

18 May 2011

Filem "Robot" paling gempak.

Malam yang aman dan damai marilah kita layan filem hindi yang gempak mengalah cerita Transfomer atau I-robot mahupun Terminator. Cerita ni gempak gila, KRU pon tak sampai hati nak buat filem macam ni..hahahha..papepon korang layan la cerita ni. Aku pon tengok tak abis lagi. Tadi sempat tengok 15 minit je. Tak ada masa sebab sekarang aku ada ujian pertengahan tahun. Pelajar sekolah la katakan. Ni pon curi² masa je update blog. Korang layan je la filem yg gempak ni..hahahha..Member aku cakap filem ni pernah 'hot' kat facebook sebelum ni.



---------


p/s: cerita ni gempak atau mengarut???

16 May 2011

Bahasa / Istilah / Perkataan Moden


Zaman dah berubah, dunia dah maju. Macam-macam pekara dah berlaku. Hari ini aku nak berkongsi dengan korang tentang "Perkataan Moden (sengal)" yang selalu kita dengar zaman sekarang. Selalunya istilah-istilah ni selalu digunakan oleh remaja.

> Poyo
Maksudnya; seorang yang berlagak, merasakan diri bagus. Ayat ni memang selalu didengar. Ini adalah antara ayat pasar yang famous.
   Cth ayt: Huh, 'poyo' gila mamat ni. Asal naik pentas je buat muke cute.

> Selenge
Mengikut kefahaman aku, 'selenge' ni lebih kurang sama dengan 'poyo' tapi ayat 'selenge'ni lebih power. 'Selenge' lebih menunjukkan tentang keterampilan yang tak terurus atau tak sedap mata memandang atau huduh. Kadang-kadang digunakan dalam ayat-ayat tertentu mengikut keadaan.

> Sakai
Maksud yang tepat memang aku tak tahu. Ada yang bagi maksud , sakai ni menunjukkan perangai atau perbuatan seseorang

> Sengal
Menurut kamus dewan edisi ke-3, sengal bermaksud berasa sakit-sakit pada sendi (kerana perjalanan darah tertahan dll), kaku, kebas, pegal. Tapi bagi remaja sekarang menggunakan ayat ni dengan maksud yang lain. Cuba hayati ayat dibawah ni:

      "kau ni sengal la, dah tahu awek tu pisau cukur buat apa kau layan lagi."


      "kau ni sengal betul, selamba je kau buli budak tu"


Maksud ayat pertama tu menunjukan sikap 'bodoh' dan maksud ayat kedua menunjukkan sikap yang tak ada perasaan.

> Kerek
maksudnya; berlagak atau lebih familiar "Bajet Power"

> Gebang
Ayat ni agak 'selenge' bunyi dia. Maksudnya; "menipu".


> Kencing
Maksud 'official'nya membuang air kecil. Tapi istilah kencing yang digunakan sekarang membawa maksud; Tipu.
   Cth ayt: Kau jangan nak kencing aku la. Aku yakin dia tak akan buat kerja jahat macam tu.

> Bangang
Ayat yang agak kasar dan memberi maksud; Bodoh.


> Skodeng
Maksudnya; mengintai atau mengintip.

> Kantoi
Maksudnya; Terbongkar. Lebih familiar digunakan untuk pekara yang dirahsiakan.


Dan ini Istilah yang paling 'sengal' yang pernah aku dengar
> Otek
Aku tak tahu la dari mana datangnya istilah ni. Korang tahu apa tu maksud 'otek'? Dari mana datang istilah ni?. Istilah ni selalu digunakan oleh mat-mat motor yang suka me'rempit'.
     Otek = Polis
Kalau korang nak tahu tanya la orang yang berkenaan. Aku memang tak tahu tentang istilah ni.

Perkataan-perkataan ni memang selalu kita (remaja sekarang) gunakan dalam bahasa seharian kita yang kadang kala kita tidak perasan penggunaan berapa kerap kita gunakan perkataan ni dalam sehari. Masih ada banyak lagi istilah/perkataan moden yang aku tak tulis. Yang ada ni hanya sekadar ayat-ayat yang pernah aku dengar dan pernah aku gunakan. Banyak perkataan budak-budak remaja sekarang ni yang pelik-pelik bunyinya tapi sedap digunakan.

Bahasa melayu memang unik. Perkataan yang sama membawa maksud yang berlainan bergantung pada tempat dan keadaan.
Newer Posts Older Posts Home

About Me

My Photo
Kawan-kawan aku kata, aku seorang yang pendiam. Betul ke? Itu aku tak pasti. walaubagaimanapun aku akan cuba untuk jadi blogger yang cemerlang, gemilang dan terbilang suatu hari nanti.. hahhaha.. :P

Followers

 
 
© 2012 - 2014 ItsMeSafiuddin