17 March 2011

Nak Kenal?


Korang nak tahu pasal aku? mesti nak, kan kan kan..?
Aku tau korang memang 'busy doby'..oopss..busy body..
Korang memang suka ambil tahu pasal orang..(termasuk aku kot)..hahha.. Sama-samalah kita busy doby o.k..

Nama?
Nama aku Mohamad Safiuddin. Itu lah nama yang diberi oleh mak dan abah kesayangan aku..Aku sayang diorang sesangat. Nama gelaran yang memember aku panggil "safiudin" atau "udin". Abah aku panggil "din". Mak ngan adik beradik aku yang lain panggil aku "adik", panggilan manja sebab aku anak bongsu..(mengaku, sambil tunduk segan)

Umur?
hahaha.. Aku masih muda remaja..17 tahun.. Taun ni aku akan menduduki peperiksaan SPM. Meremang bulu roma aku bila sebut SPM. SPM cuma sekali, jadi aku nak buat yang terbaik demi membalas jasa mak dan abah aku. Itulah salah satu cara untuk aku balas jasa diorang yang selama ini membesarkan aku dengan sabar dan penuh kasih sayang walaupon aku ni 'bebal'..

Tempat tinggal?
Rumah la. mana lagi? tapi bukan rumah aku la. Rumah abah aku. Aku anak kelahiran felda, aku bangga jadi anak kelahiran felda. felda mana? itu 'biarlah rahsia'..(nanti korang tau la). Tapi yang pasti dalam Pahang.

Hobi?
Suka bermain magic. Lagi satu, aku ni suka membuang masa a.k.a berangan..(kantoi suda)..buang masa ke dalam tong sampah. Itulah tabiat paling buruk. Tapi mula hari aku tak nak buang masa ke dalam tong sampah dah. Mulai sekarang aku nak buang masa bersama blog dan study untuk SPM.

Kenapa ber'blog'?
Aku buat blog ni sebab aku dengki tengok orang lain ada blog..(lagi 1 tabiat buruk : dengki!)..hahha.. Apa-apa pon korang jangan la dengki dengan aku walaupun aku dengki kat korang. Lagi satu, sebab aku ni pendiam tapi tak malu..hahha.. Aku nak buang sikap seorang yg pendiam kepada yang aktif (bukan hiper aktif) dan bukan 'merapu meraban' walaupun tagline aku tertulis macam tu.

nota dari tong sampah:
Itulah beberapa fakta tentang aku. Maaf la kalau sesi pengenalan aku tak begitu serasi. First time la katakan.

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home

About Me

My Photo
Kawan-kawan aku kata, aku seorang yang pendiam. Betul ke? Itu aku tak pasti. walaubagaimanapun aku akan cuba untuk jadi blogger yang cemerlang, gemilang dan terbilang suatu hari nanti.. hahhaha.. :P

Followers

 
 
© 2012 - 2014 ItsMeSafiuddin