31 March 2011

Orienteering

Korang tahu apa itu orienteering? pernah dengar? penah main?
Aku tahu memang ramai yang tak tahu tentang orienteering. Dengar pon tak penah. Kat Malaysia ni orientering ni memang tak famous sangat. Tapi kat sekolah aku memang famous. Sekolah aku mula buat aktiviti ni sebagai aktiviti wajib tahunan sejak tahun lepas. Memang best main orienteering ni. Aku suka aktiviti ni. Esok (1/4/2011) aku ada latihan dekat sekolah sebelum kitorang pegi ke taman pertanian untuk aktiviti orienteering ni.

Sebenarnya aku nak terangkan tentang orienteering kat korang. Tapi aku malas nak taip, panjang sangat kalau nak terangkan tentang orienteering ni. Aku dah tiga kali masuk aktiviti ni tahun lepas, peringkat sekolah, daerah dan kebangsaan, tapi tak dapat hadiah..hahahha.. Tahun ni aku akan cuba lakukan yang terbaik untuk menang. Doakan aku menang o.k?




Kalau korang berminat, korang baca la keterangan orienteering ni. Tambah ilmu, kalau orang cakap pasal orienteering takda la korang menganga je. Boleh jugak la korang buat-buat tahu..hahahha.. Korang boleh la baca kat scribd [link].

Kalau aku rajin nanti aku upload gambar dan post entry pasal aktiviti orienteering yang dianjurkan oleh sekolah aku hari sabtu ni (2/4/2011). Maybe hari ahad baru aku update blog ni. ^_^


29 March 2011

Kenal Pasti Jantina Komputer Anda

Biar betik! komputer ada jantina ker?
hahhaha.. Mesti korang pelik bila baca tajuk entry aku hari ni. 
Gila ke apa?!
Korang jangan pikir manusia dan haiwan je ada jantina. Komputer pon ada jugak la. hahahha.. Betul ke?? Itu yang kita nak pastikan sekarang. Tapi, yang guna "WINDOWS" je la yang boleh check sama ada komputer korang tu Lelaki atau Perempuan.



Merapu pannjang-panjang pon tak ada guna. Ni aku nak ajar korang macam mana nak tahu Jantina komputer korang.


1st : Korang buka "Notepad". Lepas tu korang taip perkataan kat bawah ni. Jangan copy, tapi korang taip sendiri.

      CreateObject(“SAPI.SpVoice”).Speak”I love YOU”

2nd : "Save As" di Desktop.

             save : I love U.vbs
save as type : All Files


3rd : Korang tutup file tadi dan korang buka semula. Nanti akan keluar suara sama ada lelaki atau perempuan.

Trick sengal untuk tahu jantina komputer. Papepon aku suka trick ni. Komputer aku lelaki. hahhaha.. Kalau korang berjaya buat jangan lupa tinggalkan komen kat bawah. Aku nak tahu komputer korang lelaki atau perempuan.

Info : Dari kawan aku kat facebook.

27 March 2011

Masa itu Emas

Aku perlukan masa tambahan. Andai dapat aku beli masa dengan wang ringgit, seperti beli gula-gula di kedai runcit. Pasti aku dapat update blog setiap hari. 


Masa itu ibarat emas. Lebih mahal daripada emas kerana masa tidak dapat dijual beli. Hargailah masa yang ada..^_^

19 March 2011

Award Untuk "First Follower"

Aku nak ucapkan tahniah pada '1st Follower' aku. Aku nak bagi hadiah kat dia tapi tak mampu, bukan aku kedekut cuma aku nak save duit je. Nak bagi top-up kat dia pon aq malaz nak pegi kedai. (padahal kedekut..)..Hahha.. papepon tahniah sekali lagi aku ucapkan pada dia. Harap sudi terima 'award' yang tak seberapa daripada aku.




Terima kasih mis NATALIA kerana sudi jadi 'First Follower'. Ini je yang mampu aku bagi. Tak ada apa lagi selain ucapan terima kasih untuk mis NATALIA..Dan tak lupa juga untuk follower aku yang lain.. 2nd Sarah dan 3rd follower aku iaitu lixora.. Blog diorang memang 'nice' la aku cakap. Semua pink, tenang je mata memandang..(aku xminat pink!)..o.k la, sampai sini je untuk hari ni.. Aku akhiri coretan aku dengan ucapan 'Ribuan Terima Kasih Kepada Follower' aku..

AWARD

Cara Buat Read More Auto Pada Blogspot

hahahha..awal-awal lagi aku dah buat tutorial. Bukan nak tunjuk aku ni pandai ataupun bagus. Sebenarnya aku bukannya pandai tentang HTML. Nak 'edit' blog aku ni pon aku cari tutorial dari blog orang lain. Jadi ilmu apa yang aku ada  sekarang ni aku nak kongsi dengan korang semua. Semalam aku bertungkus-lumus cari tutorial untuk buat 'read more' pada blog aku, tapi tak ada macam yang aku nak.

Walau macam mana bagaimana sekali pon aku terus jugak usaha mencari tutorial tersebut, hasilnya memang menghampakan.

Pepatah melayu ada berkata 'Nak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih'. Berpegang aku pada prinsip tu, akhirnya lewat malam semalam aku dapat jugak selesaikan masalah aku. Dan sekarang tibalah masa untuk aku berkongsi dengan korang.

Segala apa yang aku buat ni adalah dari tutorial orang lain. Aku cuma edit sikit je untuk jadikan tutorial aku sendiri. Dan aku konsi dengan korang. Lagi pon aku ni newbie lagi dalam dunia blogging nie. Pepatah orang putih ada berkata 'What You Give You Get Back'. Sebab tu lah aku buat tutorial ni.

Merapu panjang-panjang pon tak ada guna jugakkan? Buat penat aku menaip je. Kadang-kadang bukan ramai pon yg baca, diorang terus je ambil tutorial lepas tu banggakan diri cakap diorang yang buat sendiri. Itu terpulang la pada diorang. Aku cuma kongsi ilmu yang aku dapat je.

CARA-CARA
Ikut dengan teliti pasti akan jadi..




1- Pilih "DESIGN"
2- Pilih " EDIT HTML"
3- Aku sarankan korang download dulu template asal. Kalau tak nak pon takpa.
4- Pastikan korang tanda pada "Expand Widget Templates"


Korang cari kod </HEAD> , macam mana nak cari? korang tekan "Ctrl + F" pastu keluar macam gambar dekat atas. 'Copy' kod kat bawah dan 'paste' kat situ.



Dah jumpa korang 'copy' kod merah bawah ni pulak.

<script type='text/javascript'>var thumbnail_mode = "no-float" ;
summary_noimg = 430;
summary_img = 340;
img_thumb_height = 100;
img_thumb_width = 120;
</script>
<script type='text/javascript'>
//<![CDATA[
function removeHtmlTag(strx,chop){
if(strx.indexOf("<")!=-1)
{
var s = strx.split("<");
for(var i=0;i<s.length;i++){
if(s[i].indexOf(">")!=-1){
s[i] = s[i].substring(s[i].indexOf(">")+1,s[i].length);
}
}
strx = s.join("");
}
chop = (chop < strx.length-1) ? chop : strx.length-2;
while(strx.charAt(chop-1)!=' ' && strx.indexOf(' ',chop)!=-1) chop++;
strx = strx.substring(0,chop-1);
return strx+'...';
}


function createSummaryAndThumb(pID){
var div = document.getElementById(pID);
var imgtag = "";
var img = div.getElementsByTagName("img");
var summ = summary_noimg;
if(img.length>=1) {
imgtag = '<span style="float:left; padding:0px 10px 5px 0px;"><img src="'+img[0].src+'" width="'+img_thumb_width+'px" height="'+img_thumb_height+'px"/></span>';
summ = summary_img;
}


var summary = imgtag + '<div>' + removeHtmlTag(div.innerHTML,summ) + '</div>';
div.innerHTML = summary;
}




//]]>
</script>

pastu 'paste' kat atas kod </HEAD> , tgk contoh gambar kat bawah.



Dah siap bahagian tu korang cari pulak kod  <p><data:post.body/></p> atau <data:post.body/> , cara nak cari sama macam cari kod </HEAD> tadi.




'Copy' kod merah kat bawah ni dan ganti pada kod <p><data:post.body/></p> atau <data:post.body/> tadi.

<b:if cond='data:blog.pageType == "static_page"'><br/>
<data:post.body/>
<b:else/>


<b:if cond='data:blog.pageType != "item"'>


<div expr:id='"summary" + data:post.id'><data:post.body/></div>
<script type='text/javascript'>createSummaryAndThumb("summary<data:post.id/>");
</script> <span class='rmlink' style='float:right;padding-top:20px;'><a expr:href='data:post.url'>SAFIUDDIN2U.BLOGSPOT.COM</a></span>


</b:if>
<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'><data:post.body/></b:if>
</b:if>

Korang tukar SAFIUDDIN2U.BLOGSPOT.COM  dengan kod kat bawah :

Untuk hasil [read more "tajuk title korang"] :

bahagian yang tulis "read more" tu korang boleh tukar ikut suka hati..ikut korang la nak tulis apa pon.

Atau

Untuk 'read more button' macam aku :


Atau korang nak guna button sendiri :

korang edit dan letak URL gambar pada "URL gambar Read More".

lepas siap semua tu. Korang klik "SAVE TEMPLATE"
dan tengok hasilnya.

Tamat disini je la tutorial aku untuk korang. Kalau tak jadi/tak faham/tak puas ati korang boleh tinggalkan komen dekat bawah entry ni..

Nota tong sampah:
Maaf kalau tutorial aku tak bagus. Aku newbie. Komen la apa yang patut untuk majukan diri aku..

17 March 2011

Nak Kenal?


Korang nak tahu pasal aku? mesti nak, kan kan kan..?
Aku tau korang memang 'busy doby'..oopss..busy body..
Korang memang suka ambil tahu pasal orang..(termasuk aku kot)..hahha.. Sama-samalah kita busy doby o.k..

Nama?
Nama aku Mohamad Safiuddin. Itu lah nama yang diberi oleh mak dan abah kesayangan aku..Aku sayang diorang sesangat. Nama gelaran yang memember aku panggil "safiudin" atau "udin". Abah aku panggil "din". Mak ngan adik beradik aku yang lain panggil aku "adik", panggilan manja sebab aku anak bongsu..(mengaku, sambil tunduk segan)

Umur?
hahaha.. Aku masih muda remaja..17 tahun.. Taun ni aku akan menduduki peperiksaan SPM. Meremang bulu roma aku bila sebut SPM. SPM cuma sekali, jadi aku nak buat yang terbaik demi membalas jasa mak dan abah aku. Itulah salah satu cara untuk aku balas jasa diorang yang selama ini membesarkan aku dengan sabar dan penuh kasih sayang walaupon aku ni 'bebal'..

Tempat tinggal?
Rumah la. mana lagi? tapi bukan rumah aku la. Rumah abah aku. Aku anak kelahiran felda, aku bangga jadi anak kelahiran felda. felda mana? itu 'biarlah rahsia'..(nanti korang tau la). Tapi yang pasti dalam Pahang.

Hobi?
Suka bermain magic. Lagi satu, aku ni suka membuang masa a.k.a berangan..(kantoi suda)..buang masa ke dalam tong sampah. Itulah tabiat paling buruk. Tapi mula hari aku tak nak buang masa ke dalam tong sampah dah. Mulai sekarang aku nak buang masa bersama blog dan study untuk SPM.

Kenapa ber'blog'?
Aku buat blog ni sebab aku dengki tengok orang lain ada blog..(lagi 1 tabiat buruk : dengki!)..hahha.. Apa-apa pon korang jangan la dengki dengan aku walaupun aku dengki kat korang. Lagi satu, sebab aku ni pendiam tapi tak malu..hahha.. Aku nak buang sikap seorang yg pendiam kepada yang aktif (bukan hiper aktif) dan bukan 'merapu meraban' walaupun tagline aku tertulis macam tu.

nota dari tong sampah:
Itulah beberapa fakta tentang aku. Maaf la kalau sesi pengenalan aku tak begitu serasi. First time la katakan.

16 March 2011

First Time

Ni entry aku yang pertama untuk kali ni. Sebelum ni dah ada artikel tapi aku padam semua sebab nak mulakan yang baru. Kenapa aku padam? Aku padam atikel sebelum ni sebab artikel yang lama tak patut pon aku simpan. Baru aku tahu nak jadi blogger ni bukan la pekara mudah. Idea nak kena ada banyak. Kalau tak, jadi macam kucing tengok komputer la.


Kalau dah jadi macam kucing apa boleh buat kan? tengok, tenung, tekan-tekan dan blah. Apa pon tak boleh. Lepas ni aku kena blajar lagi dengan blogger-blogger lain untuk majukan diri aku dalam dunia blogging ni. Itu la, bila tengok orang lain jadi blogger, dia pon nak jadi blogger (aku la 2)..hahha..cukup la aku mengarut hari ni. Tak ada apa dah aku nak mengarut. Selama 2 bulan aku berhenti blogging semua idea lepas ke laut. Sekarang mula la mengarut bila tak ada idea. Ayat pon dah terbelit macam 'tali tak ada punca'. O.k la, aku berhenti sampai sini.
Newer Posts Home

About Me

My Photo
Kawan-kawan aku kata, aku seorang yang pendiam. Betul ke? Itu aku tak pasti. walaubagaimanapun aku akan cuba untuk jadi blogger yang cemerlang, gemilang dan terbilang suatu hari nanti.. hahhaha.. :P

Followers

 
 
© 2012 - 2014 ItsMeSafiuddin